SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKUASY MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Tuesday, February 25, 2014

MESYUARAT PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN (PTPS) SKUASY MSSM BIL: 1/2014




TARIKH : 25hb. – 27hb. FEBRUARI. 2014

HOTEL SUTERA, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

  ANJURAN BAHAGIAN SUKAN, KPM

        Antara agenda mesyuarat ialah perlantikan setiausaha mesyuarat, ucapan penyelaras sukan skuasy MSSM, mengesahkan minit mesyuarat 2/2013 pada 26hb. Mac 2013, perkara berbangkit, laporan PTPS MSSM dan MSSN, perbentangan usul, pengelolaan kejohanan skuasy MSSM 2014. Selain itu juga, program ini diadakan bagi memastikan PTPS negeri dapat membuat lawatan ke “venue” kejohanan skuasy MSSM yang disediakan oleh pihak tuan rumah di samping berbincang masalah bersama dalam menghadapi kejohanan skuasy MSSM 2014.
            
             Mesyuarat ini dijalankan oleh penyelaras skuasy MSSM oleh En. Mohamad Nizam B. Ismail bersama PTPS MSSM En. Kamal Hisham B. Dato’ Ibrahim, PTPS semua negeri dan juga Ketua Unit Sukan JPN Negeri Sembilan dan En. Muzir B. Ab Manan. Antara dapatan sepanjang mesyuarat adalah laporan PTPS negeri tentang laporan kejohanan skuasy Majlis Sukan Negeri masing-masing, bilangan peserta, penyertaan negeri bagi kejohanan skuasy MSSM 2014 dan juga rancangan program untuk peningkatan sukan skuasy di negeri.
            
        Selain itu, masalah-masalah yang wujud di negeri yang melibatkan sukan skuasy. Mesyuarat juga untuk memaklumkan tentang pendaftaran kontinjen melalui e-kejohanan yang telah dibuka kepada pengguna. Kata putus juga telah dibuat tentang keperluan dokumen yang diperlukan untuk dilampirkan bersama borang e-kejohanan. Masalah berbangkit juga dibincangkan bersama dengan ketua unit bagi penganjuran kejohanan skuasy MSSM 2014 dengan Ketua Unit Sukan JPN Negeri Sembilan En. Muzir B. Ab Manan.
            
           Lawatan tapak telah dibuat dan kata sepakat telah diambil penukaran “venue” kategori pemain agar kejohanan skuasy MSSM 2014 berjalan dengan lancar memandangkan astro arena akan membuat liputan sepanjang kejohanan.






Tarikh : 26hb. Februari. 2014
Masa : 08.30 pagi - 10.00 malam
Tempat : Bilik Kenangan, Hotel Sutera
Slot : 
Mesyuarat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Skuasy MSSM Bil. 1/2014