SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SKUASY MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Minit Mesyurat

Minit Mesyuarat 2012/Bil 01


MINIT MESYUARAT PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN (PTPS) SKUASY MAJLIS SUKAN SEKOLAH  MALAYSIA (MSSM ) BIL. 1 / 2012
Tarikh             :           21 Februari 2012 ( Selasa )                                       
Masa               :           8.30 pagi
Tempat           :           Hotel City Bayview, Pulau Pinang
Kehadiran       :            
  1. En. Mohamad Nizam bin Ismail ( Penyelaras Skuasy MSSM )
  2. En. Kamal Hisham bin Dato’ Hj. Ibrahim ( PTPS Skuasy MSSM )
  3. 13  orang PTPS Negeri iaitu :-
  1. En. Abdul Nasir b. Abd. Rahman(PTPS Kedah)
  2. En. Khairul Nizam b. Md. Sor (PTPS Johor)
  3. En. Mansor b. Mat Isa (PTPS Pulau Pinang)
  4. En. Abu Bakar bin Pin (PTPS Pahang)
  5. En. Nor Azizan bin Shamuin (PTPS Perak)
  6. En. Mohd. Noor Ismail (PTPS Terengganu)
  7. En. Zamri b. Mohd. Ali (PTPS Selangor)
  8. En. Alias b. Arifin (PTPS Kelantan)
  9. Tn. Hj. Ampandi b. Omar (PTPS Wilayah Persekutuan
  10. En. Wong Ho Hock (PTPS Sarawak)
  11. En. Zulbahrin b. Ibrahim (PTPS Negeri Sembilan)
  12. En. Suriyanshah M. Yunus (PTPS Sabah)
  13. En. Kamarudin b. Kassim (PTPS Melaka)
  14. En. Mohd Shahril bin Shahidan (PTPS SSBJ)


Tidak hadir bersebab :
  1. En. Chiam Nian  ( PTPS Perlis )

Agenda 1 :     Ucapan Aluan Pengerusi
1.1          En. Mohd Nizam mengucapkan terima kasih kepada semua PTPS yang hadir dan mengalu-alukan lantikan dan kehadiran PTPS negeri yang baru iaitu En. Suriyansyah M.Yunus – PTPS Sabah ,En. Abdul Nasir b. Abd. Rahman – PTPS Kedah dan
En. Wong Ho Hock – PTPS Sarawak. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTPS yang telah mengundur diri.

1.2          Beliau seterusnya mengumumkan penggunaan format rasmi minit mesyuarat yang akan digunakan sepanjang mesyuarat PTPS.

1.3          Beliau meminta PTPS setiap negeri memperkenalkan diri untuk makluman kepada PTPS yang baru.

1.4          En. Mohd Nizam  menjelaskan punca perubahan tempat pertandingan Skuasy MSSM dari Pahang ke Pulau Pinang disebabkan masalah proses baik pulih gelanggang di Pahang belum siap sepenuhnya memandangkan Pahang akan menjadi tuan rumah SUKMA XV 2012.

Makluman  :  Semua
Agenda 2 :     Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat
2.1       Minit mesyuarat lalu pada 16 Mac 2011 bertempat di Hotel Grand Crystal, Alor Setar diluluskan atas cadangan En. Khairul Nizam,  PTPS Johor dan disokong oleh
Tn. Hj. Ampandi,  PTPS  Wilayah Persekutuan.

                                                                                                            Tindakan : Setiausaha

Agenda 3 :     Perkara Berbangkit / Maklum Balas
3.1       En. Mohd Nizam membangkitkan mengenai kelewatan SRAM memberi sijil kepada peserta kursus kejurulatihan dan perkara ini akan dibangkitkan semasa sesi bersama pihak Persatuan Squash Malaysia ( SRAM ) nanti.
3.2       Isu tajaan di Sekolah Sukan Malaysia telah diselesaikan dan penjelasan mengenainya telah dilaporkan oleh En. Mohd. Shahril.

Makluman  :  Semua

Agenda 4 :     Laporan PTPS Skuasy MSSM
4.1.      Membentang aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh MSSM sepanjang tahun 2011 iaitu :

            4.1.1    Pengelolaan Kejohanan Skuasy MSSM Kali Ke-12
                        Kejohanan tersebut telah diadakan di Gelanggang Skuasy, Kompleks Sukan
                        Muadzam Shah ( Kategori 12 dan 15 tahun ke bawah ) dan Royal Kedah Club
( Kategori 18 tahun ke bawah ) pada 15 hingga 19 Mac 2011. Pengelola bagi kejohanan tersebut ialah MSS Kedah. Penganjuran secara keseluruhannya baik dan memuaskan. Tahniah buat pasukan MSS Kedah yang telah menjadi johan keseluruhan. Post Mortem kejohanan tersebut terdapat pada agenda 9.

            4.1.2    Penyertaan dalam Kejohanan Skuasy SIPMA Kali Ke-4
MSSM telah menghantar wakil pasukan skuasy ke Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia ( SIPMA ) kali ke-4 pada 7 – 9 Jun 2011 di Melaka yang dianjurkan oleh Politeknik. Keputusan pertandingan tersebut, pasukan perempuan telah menjadi johan dan pasukan lelaki mendapat tempat kedua. Pasukan Skuasy MSSM telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan kejohanan pada kali ini. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih buat semua yang terlibat dalam penyediaan pasukan ini.
                         
            4.1.3    Program Pengesanan Bakat ( TID )
Program Pengesanan Bakat ( TID ) yang bertujuan untuk memilih pelajar ke Sekolah Sukan Malaysia ( SSM ) telah diadakan pada tahun 2011. Panel penguji ialah En. Mohd. Shahril ( jurulatih SSBJ ) dan Tn. Hj. Ampandi ( PTPS Wilayah Persekutuan ). Penyertaan peserta kurang memuaskan kerana terdapat pertembungan tarikh program tersebut dengan kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan.

4.2       Mengucapkan terima kasih kepada semua PTPS negeri yang telah membantu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti anjuran MSSM sepanjang tahun 2011.

4.3       Memaklumkan kepada semua PTPS tentang cadangan program yang telah di rancang sepanjang tahun 2012 iaitu ;
4.3.1    Kursus Kejurulatihan Skuasy Level 1 yang dicadangkan pada 22 – 26 April 2012 di negeri Johor dan mohon supaya PTPS negeri mencadangkan nama peserta.
4.3.1    Kem Bakat Peringkat Kebangsaan akan diadakan jika mendapat tajaan daripada agensi swasta dan kertas kerja cadangan pengelolaan telah dihantar ke Bahagian Sukan.

4.4       Mohon kerjasama daripada PTPS negeri agar dapat mengemaskini data maklumat jurulatih di peringkat negeri serta takwim perancangan program peringkat negeri. Borang berkaitan telah diedarkan dan akan diserahkan semasa kejohanan MSSM Skuasy di Pulau Pinang.

Tindakan : PTPS negeri
Agenda 5 :     Laporan PTPS Negeri
5.1       PTPS negeri telah membentangkan Pengelolaan Kejohanan Peringkat MSS Negeri dan penyertaan pasukan ke Kejohanan Skuasy MSSM 2012 . Maklumat ringkas  seperti berikut ;
BILMSS Negeri121518PENGADILKEJOHANAN MSS NEGERITEMPAT
LPLPLP
1Perlis1--
2Kedah216 – 18 Feb.
Komp. Muadzam Shah
3Pulau Pinang-13 – 16 Feb.
NDISC
4Perak214 – 17 Feb.
MBI
5Selangor327 Feb. – 1 Mac
SM. Bkt. Bintang
6Wilayah Persekutruan214 – 17 Feb.
Jalan Duta
7Negeri Sembilan31 – 3 Feb.
Komp. Sukan Seremban 2
8Melaka228 Feb. – 2 Mac
Kompleks
Hang Jebat
9Johor323 – 26 Feb.
Golf Club
10Pahang13 –  5 Feb
Gel. Skuasy MSP
11Terengganu116 – 18 Feb.
Mesra Mall
12Kelantan216 – 18 Feb.
Gel. Skuasy
MSSK
13Sarawak-15 – 17 Feb.
SM Sacred Heart
14Sabah214 – 16 Feb.
Komp. Sandakan

5.2       PTPS negeri diminta menyediakan laporan pertandingan dan takwim perancangan program pembangunan skuasy secara bertulis berdasarkan format yang telah disediakan dan diserahkan semasa kejohanan MSSM Skuasy di Pulau Pinang.

Tindakan : PTPS negeri
Agenda 6 :     Sesi Bersama Persatuan Skuasy Malaysia ( SRAM )
6.1       Isu Sijil Kejurulatihan Skuasy Level 1
Wakil SRAM iaitu En. Khoo Teng Hin dari Persatuan Skuasy Pulau Pinang berjanji akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin selepas berbincang dengan Unit Kejurulatihan Persatuan Squash Malaysia ( SRAM ). Beliau menjelaskan kegagalan mengeluarkan sijil ini kerana masih tidak mendapat maklum balas daripada persatuan negeri mengenai sesi latihan amali selama 30 jam yang perlu dilaksanakan oleh peserta kursus yang lulus.

Tindakan : Wakil Persatuan (SRAM)

6.2       Cadangan membuka semula Pusat Latihan Skuasy di Sekolah Sukan Malaysia Tengku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor
PTPS MSSM memaklumkan keinginan pengetua sekolah sukan tersebut untuk menghidupkan semula program skuasy di sana. Bahagian Sukan telah mengenal pasti 2 orang guru yang berminat untuk menjadi jurulatih dan memohon kerjasama persatuan untuk tindakan seterusnya seperti modul latihan, pencalonan pemain dan sebagainya.
Dimaklumkan pihak persatuan sedia membantu.

Tindakan : Bahagian Sukan & Wakil Persatuan

6.3       En. Wong Ho Hock mencadangkan modul pengesanan bakat atau ‘talent scouting’ dimasukkan ke dalam kursus jurulatih Level 1 untuk membantu jurulatih mengesan pemain baru.

6.4       En. Khoo Teng Hin memaklumkan ada kelemahan dalam kursus Level 1 kerana lebih memberatkan kepada pemain yang sudah ada kemahiran bermain. Keutamaan lebih baik kepada pemain berusia 7-8 tahun. Beliau juga menyatakan jangka masa kursus hendaklah dipanjangkan.

6.5       En. Kamal cadangkan pihak SRAM menjemput jurulatih di kalangan guru-guru untuk menyertai ‘coaching conference’. Ini membolehkan jurulatih di kalangan guru mendapat input baru dari segi kejurulatihan.

6.6       En. Kamal mohon pihak persatuan membawa guru sebagai pengiring sebagaimana ketetapan prosedur membawa pelajar dalam aktiviti luar. Mesti ada guru perempuan jika ada pelajar perempuan terutama ke luar negara.

Tindakan : Bahagian Sukan & Wakil Persatuan







Agenda 7 :     Laporan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil

7.1       En. Shahril memaklumkan pencapaian akademik  dalam peperiksaan PMR 2011 terdapat seorang pelajar mendapat 8A dan yang lainnya secara purata mendapat keputusan 4A, 3A dan 2A. Keputusan ini amat membanggakan memandangkan sepanjang tahun 2011 banyak kejohanan yang disertai oleh pelajar tersebut.

7.2       Dari segi penyertaan ke kejohanan utama dalan negara secara puratanya pelajar SSBJ menduduki ranking 8 terbaik dan paling cemerlang 2 orang pelajar telah menjadi johan dalam Asia Squash Junior 2011 iaitu Shafik Kamal Kategori Umur 15 tahun ke bawah dan Mohd. Fareez Izwan  Kategori Umur 13 tahun ke bawah.

7.3       Beliau memaklumkan jadual pertandingan yang perlu disertai oleh para pemain SSBJ semakin padat dan fokus utama pada Asian Junior Championship, Kejohanan Remaja Terbuka Dunia serta Kejohanan SUKMA 2012.

7.4       En. Shahril juga memaklumkan mengenai kemasukan pemain baru ke SSBJ iaitu dua orang dari Sarawak dan seorang lagi dari Pulau Pinang . Setakat ini terdapat 13 orang pelajar skuasy di SSBJ setelah dua orang telah dikeluarkan dari SSBJ kerana pencapaian yang kurang memuaskan dan dua orang lagi baru tamat tingkatan lima. Pecahan pelajar yang berada di SSBJ  sekarang ialah ;
7.4.1    Tingkatan 2 : 5 orang
7.4.2    Tingkatan 3 : 2 orang
7.4.3    Tingkatan 4 : 3 orang
                        7.4.4    Tingkatan 5 : 3 orang

7.5       Beliau juga memohon kerjasama daripada semua PTPS negeri agar selalu mengambil berat tentang pemain SSBJ terutama tanggung jawab mengambil dan menghantar semasa kejohanan skuasy MSS negeri.

Tindakan : PTPS negeri

Agenda 8 :     Usul / Cadangan

8.1       Usul daripada En. Kamal Hisham PTPS MSSM

Mohon mencadangkan kepada Bahagian Sukan, KPM agar Kejohanan Skuasy MSSM diadakan pada bulan Mac setiap tahun memandangkan pada bulan Jun ( cuti pertengahan penggal ) setiap tahun akan berlangsung Kejohanan Skuasy Milo All Star, Selangor dan Penang Junior Open, Pulau Pinang. Kedua-dua kejohanan ini menarik minat atlet-atlet remaja skuasy negara kerana menawarkan mata di bawah Asia Squash Federation bagi melayakkan pemain menyertai kejohanan utama di peringkat asia dan dunia.

Tindakan : Penyelaras & PTPS MSSM

8.2       Usul daripada En. Zamri PTPS Selangor
Mohon agar PTPS negeri membantu pihak pengelola mengelola Kejohanan MSSM. En. Mohd Nizam memaklumkan cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dipersetujui oleh Ketua Unit Sukan negeri masing-masing memandangkan skop bidang tugas PTPS negeri.

8.3       Usul daripada En. Shahril PTPS SSBJ

            Untuk mengatasi masalah kekurangan pengadil beliau mengusulkan pada kejohanan yang akan datang, 3 orang pengadil dalam satu perlawanan iaitu 2 orang pemain dan seorang guru. Cadangan ini akan dilaksanakan pada Kejohanan Skuasy MSSM pada tahun ini.

Tindakan : Serta merta

8.4       Usul daripada En. Kamarudin PTPS Melaka
 Memasukkan permainan skuasy dalam kejohanan MSSKPPM agar dapat menarik minat guru terlibat dengan permainan ini. Ini kerana sukar untuk mendapatkan guru bagi menjadi jurulatih serta terlibat secara langsung dengan program skuasy di peringkat negeri dan kebangsaan.


Agenda 9 :     Post Mortem MSSM 2011

  1. Kejohanan MSSM 2011 telah dijalankan di Kedah.Bertempat di Kompleks dan Kedah Royal Golf Club pada 15 – 19 Mac 2011.
  2. Tujuan post mortem dibuat adalah untuk penambahbaikan dan rujukan kepada pengelola yang seterusnya. Laporan post mortem pengelolaan 2011 adalah seperti berikut :
  3.  Penginapan pemain dan pengadil


Keseluruhanya memuaskan kerana kebanyakan asrama di Kedah mendapat penarafan bintang berdasarkan program yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah terhadap sekolah-sekolah berasrama di negeri Kedah. Penginapan pengadil secara pakej di hotel amat memuaskan.

9.2.2    Pendaftaran Pemain

Pendataran berjalan lancar dan tiada masalah. Diharapkan penyediaan sebegini dapat dikekalkan pada kejohanan yang akan datang.

9.2.3    Mutu Kepengadilan.

PTPS setiap negeri diharap memaklumkan kepada pengadil yang datang ke Kejohanan MSSM bahawa mereka adalah pengadil yang dilantik khas untuk kejohanan dan tidak perlu tinggal bersama-sama dengan pasukan negeri. Pengadil hendaklah berurusan terus dengan ketua pengadil untuk sebarang urusan yang berkaitan dengan kepengadilan. Secara keseluruhannya mutu kepengadilan memuaskan.
9.2.4    Disiplin Pegawai Kontinjen.

Masih terdapat pegawai kontinjen yang membuat bantahan secara keterlaluan dan secara terbuka terutama terhadap mutu kepengadilan dan membuat provokasi di antara pemain. Diharapkan pegawai kontinjen membuat bantahan secara bertulis sekiranya terdapat ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.
9.2.5    Disiplin Pemain.

Masih terdapat pemain yang memakai subang dan berambut panjang serta potongan rambut berfesyen. Terdapat pemain yang mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil yang merupakan seorang guru. Kes ini telah dapat diselesaikan secara amaran lisan dan diharapkan pada tahun ini PTPS negeri perlu mengingatkan pemain agar dapat mengawal emosi semasa bertanding.

9.2.6    Jawatankuasa Kerja Pertandingan
Untuk tujuan penambahbaikan dicadangkan agar Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan serta Jawatankuasa Statistik digabungkan dan diletakkan di bawah pengawasan PTPS negeri pengelola agar memudahkan pelarasan kerja.

9.2.7    Publisiti
Mohon publisiti kejohanan dapat dipertingkatkan lagi agar dapat menarik lebih ramai penonton dan menambahkan lagi kemeriahan pertandingan.

9.2.8    Acara Penutupan Rasmi
Mohon kerjasama semua PTPS negeri agar dapat memastikan kontinjen menghadiri Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan seperti termaktub dalam Perkara 15 Peraturan Am MSSM dan tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap pasukan yang ingkar.

Tindakan : PTPS negeri

Agenda 10 :   Hal-hal lain    

10.1     PTPS Skuasy MSSM memaklumkan bola rasmi Kejohanan Skuasy MSSM 2012 di Pulau Pinang ialah bola Dunlop Double Dot.

10.2     Beliau juga memohon PTPS negeri dapat memastikan setiap borang M01 / R01 dan M02 / R02 dilengkapkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Agung MSSM Negeri / Ketua Unit Sukan Negeri negeri masing-masing sebelum membawa pasuan bertanding.

10.3     Beliau juga mengharapkan agar PTPS setiap negeri tidak membuat sebarang perubahan pemain di saat akhir kecuali pemain negeri berkenaan tercedera atau atas sebab yang tidak boleh dielakkan. Ini kerana perubahan di saat akhir akan menyebabkan rombakan terhadap jadual pertandingan dan menyusahkan pihak pengelola untuk urusan cetakan dan edaran.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

        Disediakan oleh                                              Disahkan oleh

  …..…………………………..                                     …………………………………………….
( MANSOR BIN MAT  ISA )                                ( KAMAL HISHAM BIN DATO’ HJ. IBRAHIM )
   PTPS Skuasy P.Pinang                                           PTPS Skuasy MSSM






MINIT MESYUARAT PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN (PTPS) SKUASY MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) BIL. 2 / 2011

Tarikh   :16 Mac 2011                                     
Masa     :10.30 pagi
Tempat :  Hotel Grand Crystal, Alor Setar, Kedah
Kehadiran:     
  1. En. Mohamad Nizam bin Ismail (Penyelaras Skuasy MSSM)
  2. En. Kamal Hisham bin Dato’ Hj. Ibtrahim (PTPS Skuasy MSSM)
  3. Kesemua 14 PTPS Negeri
Turut hadir:   
  1. En. Mohd Shahril bin Shahidan (SSBJ)

Agenda 1:      Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 En. Mohd Nizam mengucapkan terima kasih kepada semua PTPS yang hadir dan mengalu-alukan PTPS baru Sabah En. Ah Chin Liew serta wakil SSBJ En. Shahril Shahidan
1.2 Ucapan tahniah dan Syabas kepada semua yang telah berjaya ke Final Acara  Individu.
1.3 Beliau seterusnya mengumumkan penambahan Piala Iringan bagi Johan Berpasukan setiap kategori umur.
1.4 Pujian juga diberikan kepada pasukan Pengadil tahun ini yang telah menunjukkan persembahan yang lebih menyakinkan selepas mengikuti kursus kepengadilan
1.5 Menyentuh mengenai perjalanan kejohanan pada kali ini, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan kelancaran perjalanan dan menganggap insiden-insiden kecil yang berlaku sebagai masalah dalaman negeri.
Makluman: Semua


Agenda 2:      Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu
2.1       Minit mesyuarat lalu pada 24 Feb 2011 bertempat di Hotel Star City, Alor Setar diluluskan atas cadangan Tn. Hj. Ampandi (PTPS Wilayah Persekutuan) dan disokong oleh En. Mansor (PTPS Pulau Pinang).
Tindakan  :  Setiausaha

 Agenda 3:      Perkara berbangkit
3.1       Merujuk kepada perkara 3.1 mengenai tindakan SRAM menangguh keputusan Kursus Kejurulatihan Skuasy Level I tahun 2010, En. Nizam melaporkan masalah pembayaran tertunggak di tiga pusat kursus seperti berikut;
i)          Pulau Pinang – hanya bayaran elaun pengangkutan dilangsai
ii)         Terengganu – tiada bayaran langsung
iii)         Wilayah – kurang RM600.00
Masalah di Pulau Pinang dan Terengganu perlu dirujuk secara berhemah dengan pihak MSN masing-masing, manakala Tn. Hj. Ampandi mengemukakan cara alternatif mengutip baki hutang tertunggak daripada guru-guru Wilayah yang LULUS, sekiranya En. Shahril ( selaku orang perantara antara KPM dengan SRAM ) boleh membantu mendapatkan senarai nama peserta yang berkenaan bagi mendapatkan Sijil Kejurulatihan melalui Persatuan Negeri, En. Chiam melaporkan usaha beliau menggunakan MSS Negeri untuk mengesahkan syarat latihan amali beliau. En. Kamal memuji usaha tersebut dan berharap ianya akan menjadi alternatif yang berkesan memandangkan keengganan pihak persatuan negeri untuk mencadangkan guru-guru yang berkelayakan atas dasar yang diragui. En. Shahril mencadangkan pendekatan ’Win-Win’ di mana guru-guru tersebut menawarkan khidmat mereka kepada pihak persatuan negeri masing-masing sebelum memohon surat pengesahan.
Tindakan :  Serta Merta PTPS
           
3.3       Merujuk kepada perkara 4.2 mengenai kebiadapan pemain, En. Kamal memuji keberanian pengadil tahun ini untuk mengambil tindakan mengekang, termasuk memberikan ’conduct point’ dan berharap semua pihak termasuk PTPS dan Pengurus Pasukan memainkan peranan masing-masing.
Tindakan :  Serta Merta PTPS / Pengadil

3.4       Merujuk kepada perkara 4.4 mengenai larangan tunjuk ajar jurulatih bukan-guru, PT Wilayah membawa bukti masalah itu masih berlarutan dan meminta penjelasan. En. Nizam menekankan syarat yang dikenakan iaitu guru mesti berada bersama jurulatih tersebut sekiranya kepakaran beliau diperlukan, dan berharap semua PTPS menyampaikan maklumat tersebut kepada jurulatih bukan-guru negeri masing-masing.
Tindakan :  Serta Merta PTPS

3.5       Merujuk kepada perkara 5.3 mengenai Projek pembinaan gelanggang skuasy di bawah RMK-9, laporan daripada PTPS negeri terlibat adalah seperti berikut:
            Perlis               –          belum mula
Kedah            - belum mula 
Pulau Pinang   –diberikan 2 gelanggang singles dan 2 gelanggang double
(mohon tukarkan gelanggang doubles ke singles)
Perak             - belum mula
Selangor          - belum mula
Negeri Sembilan  – belum mula
Pahang              – tiada maklumat
Terengganu       – ditempatkan di sekolah sukan negeri
Sarawak            - tiada maklumat
Walaupun projek di atas belum terlaksana, namun PTPS diminta mengemukakan lagi permohonan untuk mendapatkan prasarana sukan skuasy seperti gelanggang dan peralatan kepada pihak Kementerian.
Tindakan :  Semua PTPS


Agenda 4:      Pengelolaan Kejohanan Skuasy MSSM 2011
4.1       En. Kamal mengucapkan terima kasih kepada semua PTPS yang hadir dan meminta semua memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada PTPS baru dari Sabah dan Negeri Sembilan.
Tindakan :  Semua PTPS

4.2       Beliau memohon maaf kerana tidak dapat bersama pada Mesyuarat kali pertama dan mengucapkan syabas kepada semua PTPS yang telah menjayakan mesyuarat tersebut dengan cukup lancar.
            Makluman : Semua PTPS
4.3       Seterusnya sekalung tahniah kepada PTPS Kedah yang telah bersusah payah menjayakan kejohanan kali ini walaupun menghadapi pelbagai kekangan, khususnya masalah kekurangan gelanggang.
           
4.4       Dari segi ranking pemain, didapati hampir kesemua pemain pilihan telah menepati ranking mereka. En. Kamal mencadangkan ranking sedia ada diguna pakai dalam acara berpasukan dan dipersetujui oleh semua PTPS.
            Makluman : Semua PTPS

Agenda 5:      Pasca Selidik Perjalanan Kejohanan Skuasy MSSM 2011
5.1       En. Lee memaklumkan senario pengelolaan di mana beliau terpaksa melepaskan Jawatankuasa Pertandingan kepada sekolah pengelola MSSK, menyebabkan pelbagai masalah timbul disebabkan mereka kurang arif dalam aspek teknikal  pengelolaan pertandingan skuasy. En. Nizam memperakui masalah tersebut manakala En. Kamal meminta semua PTPS mengambil ikhtibar daripada ketidak-sempurnaan pengelolaan kali ini dan mencadangkan agar PTPS tuan rumah akan datang perlu mengambil alih Jawatankuasa Pertandingan dan Jawatankuasa Statistik selain daripada Jawatankuasa Teknikal.
Tindakan :  Semua PTPS

5.2       PTPS Perlis membangkitkan masalah disiplin segelintir pemain yang tidak sesuai dengan perwatakan sebagai pelajar seperti memakai subang dan mewarnakan rambut. PTPS Kedah mencadangkan tindakan sewajarnya diambil oleh PTPS masing-masing seperti mana yang telah dipersetujui dalam mesyurat lepas, manakala PTPS Selangor mencadangkan pihak Pengadil turut diberi mandat mengambil tindakan ke atas pemain berkenaan.
Tindakan :  Serta Merta PTPS

5.3       PTPS Terengganu membangkitkan masalah ketiadaan tempat berehat yang sesuai untuk pegawai di gelanggang Royal Kedah Club dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila penyokong-penyokong dibawa ke RKC. En. Nizam memaklumkan tata cara pengagihan tuan rumah pertandingan MSSM dan berharap semua PTPS dapat membantu Kedah menjayakan kejohanan kali ini.
Tindakan :  Serta Merta PTPS

5.4       PTPS Perlis mengucapkan terimakasih dan tahniah atas kelancaran prosedur pendaftaran pemain pada tahun ini dan berharap ianya dapat diteruskan pada kejoahanan MSSM akan datang. En. Nizam menyatakan syarat pendaftaran adalah terletak atas tangan Ketua Unit Negeri Pengelola manakala PTPS Kedah memaklumkan bahawa prosedur itu sebenarnya telah mendapat kelulusan Mesyuarat Pengelolaan kali-1.
            Makluman : Semua PTPS


Agenda 6:      Hal-hal Lain
6.1       Pemilihan pemain ke SIPMA
En. Kamal memaklumkan prosedur pemlihan pemain untuk mewakili MSSM ke kejohanan SIPMA tahun ini bertempat di Melaka dan berharap pasukan tahun ini dapat mengekalkan kejuaraan yang diperolehi pada edisi lepas.
            Makluman: semua PTPS

6.2       Program Pembangunan
En. Kamal menekankan pentingnya mewujudkan program pembangunan jangka panjang bagi melahirkan pemain-pemain skuasy berwibawa seperti mana yang telah dibuktikan oleh beberapa negeri termasuk negeri Kedah. Beliau berharap semua PTPS dapat melengkapkan Borang Program Pembangunan dan Borang Biodata pemain untuk memudahkan rujukan beliau. Semua PTPS juga diminta mengenal pasti bekas pemain negeri masing-masing yang kini bergelar ‘Guru’ untuk dikemukakan kepada pihak JPN agar menempatkan mereka ke sekolah-sekolah yang berdekatan dengan gelanggang skuasy bagi membantu PTPS.
Tindakan :  Serta Merta PTPS

6.3       Sesi perkongsian dengan Wakil SSBJ
En. Shahril memberi penerangan yang cukup jelas tentang program serampang dua mata yang dilaksanakan di SSBJ bagi melahirkan pemain yang ‘well rounded’ iaitu berkemahiran dan berpendidikan tinggi dan agak membanggakan pelajar sukan skuasy merupakan antara pelajar terbaik SSBJ. Program latihan yang standard digarap  bagi kesemua 17 pelatih bersama Mr. Andrew Cross selain program tambahan bagi pelajar terpilih. Pengambilan bulan Jun akan dilaksanakan pada tahun ini dan beliau berharap PTPS dapat memainkan peranan. Beliau juga menawarkan program ‘Outreach’ bagi pasukan negeri ataupun pihak individu yang ingin berlatih bersama pelajar SSBJ.
Tindakan :  Semua PTPS

6.4       Tajaan Technifibre
PTPS Wilayah memohon penjelasan mengenai tajaan Technifibre yang diuar-uarkan bagi semua pemain SSBJ kerana tajaan tersebut akan merumitkan perjanjian tajaan bagi beberapa negeri. En. Shahril memaklumkan masalah teknikal yang telah membantutkan perbincangan tajaan Technifibre bagi semua pemain SSBJ dan  berjanji akan memaklumkan perkembangan terkini tajaan tersebut kepada semua PTPS.
Tindakan :  En. Shahril

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.




Disediakan oleh                                                      Disahkan oleh


…………………………….                                                  …………………………………
( LEE SOON GUAN )                                               ( KAMAL HISHAM IBRAHIM )
 PTPS Skuasy Kedah                                                 PTPS Skuasy MSSM












MAKLUM BALAS
MINIT MESYUARAT PTPS SKUASY MSSM 2 / 2011

BIL

PERKARA

MAKLUM BALAS

Perkara 3.1 / 3.2

Kegagalan pihak Persatuan Skuasy Malaysia ( SRAM )mengeluarkan Sijil Tahap 1 setelah keputusan dikeluarkan.


Setelah berbincang dengan pihak persatuan didapati masalah ini berpunca daripada kegagalan mendapat pengesahan atau surat sokongan daripada pihak persatuan negeri setelah peserta kursus menjalankan sesi latihan bersama atlit skuasy selama 30 jam
( syarat untuk mendapat Sijil Spesifik Skuasy Tahap 1 ).
Sehubungan dengan itu, PTPS Skuasy MSSM telah mengeluarkan senarai nama peserta yang telah lulus Tahap 1 untuk makluman PTPS negeri untuk tindakan seterusnya bersama pihak persatuan negeri.
Mohon daripada pihak Persatuan Skuasy Malaysia ( SRAM ) agar syarat ini dilonggarkan terutama untuk negeri-negeri yang persatuannya bermasalah.

Perkara 6.4

Tajaan Technifibre untuk pelajar SSBJ

Sehingga kini, pemain skuasy SSBJ belum ada penaja khusus.
Tecnifibre bersetuju untuk menaja dengan syarat kesemua pemain yang berada di SSBJ mesti menggunakan peralatannya.
Masalah timbul kerana ada sesetengah pemain di SSBJ yang telah menerima tajaan daripada syarikat lain melalui persatuan negeri dan masih terikat dengan kontrak.
Sehingga kini perkara ini masih belum dapat diselesaikan.

No comments:

Post a Comment