Selamat Datang Ke Kejohanan Skuasy MSSM 2018
Tempat : Pusat Skuasy Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka
Tarikh : 19 - 24 Mac 2018
Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2018 dikelolakan oleh Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Melaka dan anjuran bersama Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kejohanan berlangsung selama 6 hari bermula 19 Mac sehingga 24 Mac 2018
di Pusat Skuasy Kompleks Sukan Hang Jebat Melaka. Kesemua 13 buah negeri dan
3 buah wilayah persekutuan menyertai kejohanan pada tahun ini.
Acara yang berlangsung pada 19 Mac 2018 ialah pertandingan Skuasy Kategori Individu, Pusingan 1 & Pusingan 2. Manakala acara berpasukan pula akan berlangsung bermula 21 Mac 2018 iaitu pada hari Rabu. Acara bermula pada jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang.
| Urusetia Kejohanan Skuasy MSSM 2018 |
Jawatankuasa ICT dan Buletin
| Pembantu Teknikal |
No comments:
Post a Comment